376679704_708025521367895_8472870340212181421_n

Zakat KWSP

Nisab Zakat KWSP

Bilangan Tahun Bulan Harga (RM)
1
2023
Januari - Jun

20,978.00

Kira Zakat KWSP

“Inilah wang sebanyak RM…………. sebagai menunaikan Zakat KWSP yang wajib ke atas
diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun…………. kerana Allah Ta’ala.”

Zakat KWSP

Step 1 of 3

Penerangan

Zakat KWSP

Wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah sebahagian daripada hasil pendapatan seorang pekerja yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja, tertakluk dibawah akta KWSP. Skim Pengeluaran yand diperkenalkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada Zakat Harta yang sepatutnya ditunaikan oleh pencarum setelah harta itu dikeluarkan.
Wang yang masih dalam tempoh simpanan tidak dikirakan zakat, kerana ia masih belum cukup syarat; iaitu belum milik sempurna. Setelah wang tersebut dikeluarkan bermakna ia telah cukup syarat di mana ia telah menjadi milik pencarum sepenuhnya. Oleh kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, maka KWSP juga dikenakan zakat.

Fatwa Zakat KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-74 telah bersidang pada Julai 2006 dan telah memutuskan bahawa:

Mengikut Mazhab Syafie, zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haul. Wang KWSP adalah harta simpanan maka zakat wajib dikenakan apabila ia dikeluarkan dan sempurna kedua-dua syarat tersebut.

Ulama berpendapat bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal sekiranya syarat harta telah mencukupi nisabnya. Sehubungan itu, muzakarah memutuskan supaya Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada November 1982 dipinda seperti berikut: Pencarum digalakkan mengeluarkan zakat sejurus mengeluarkan wang KWSP jika cukup nisab tanpa menunggu haul setahun

Jenis-jenis & Kiraan Zakat KWSP

Cara kira Zakat KWSP bergantung kepada dua situasi:

Sebelum mencapai usia 55 tahun (pemilikan belum sempurna)

2.5% dari jumlah pengeluaran wang KWSP diwajibkan zakat. Jika jumlah pengeluaran dibawah nisab, hendaklah ditambah dengan pendapatan lain.

Setelah mencapai usia 55 tahun (pemilikan sempurna)

2.5% ke atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan, maka tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan buat yang masih bekerja.

Contoh:

  • Nisab Tahun 2021: RM20,299.00
  • En. Ali (35 tahun) mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM10k daripada Skim i-Sinar**
  • Jumlah zakat yang dikenakan: RM10,000 X 2.5% = RM250.00

**Mengikut jenis-jenis pengeluaran yang diwajibkan zakat seperti Skim i-Lestari, Skim Pengeluaran Pendidikan dsb.